Berani Berubah Tindakan Mencapai Kejayaan

Posted by on July 21, 2013 in Motivasi, Usahawan | 1 comment

Berani Berubah Tindakan Mencapai Kejayaan

KESIBUKAN masyarakat hari ini menjalani rutin harian termasuk menguruskan rumah tangga dan kerjaya bukan alasan untuk mereka mengabaikan kecantikan dan kesihatan. Sama ada wanita mahu pun lelaki, penjagaan kesihatan dan kecantikan perlu sentiasa diutamakan bagi memastikan diri sentiasa sihat dan yakin untuk berkomunikasi dengan orang ramai.

Mengambil kira ‘cost of living’ kian meningkat dari semasa ke semasa dan ternyata ianya amat ketara berbanding 10 tahun lalu. Kebijaksanaan dan daya kreativiti yang tinggi membuka laluan kepada saya dan suami untuk membina satu perniagaan secara online dalam sudut kesihatan dan kecantikan dengan masa yang fleksibel.

Bersama busines yang santai-santai ini saya berpeluang menjejaki kaki ke 3 negara (China, Vietnam dan Korea) yang mustahil untuk saya jejaki sekiranya saya berada di zon makan gaji. Saya tidak bebas berbelanja, masa saya dikawal oleh orang lain, impian saya terbantut di situ kerana hidup makan gaji ibarat kais hari makan bulan.

Bersama busines ini saya mula membina IMPIAN dan alhamdulillah IMPIAN demi IMPIAN telah di capai. Rakan taulan sahabat handai mula mengekori langkah saya dan amat berbangga sekali apabila sama-sama seiring mencipta kejayaan. “Manisnya sebuah kejayaan”.

Hidup kita, masa depan kita, kejayaan dan kegagalan kita tiada siapa yang dapat tentukan melainkan kita sendiri. Berani membuat perubahan adalah tindakan awal ke arah kejayaan. Ayuh bersama kami terus cemerlang membina kejayaan.

1 Comment

  1. terima kasih artikelnya. informasi yang sangat bermanfaat….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Email
Print